ADAB-ADAB DAN CARA MAKAN YANG BAIK UNTUK KESIHATAN MENURUT PANDANGAN AHLI-AHLI PERUBATAN ISLAM
1.Makan hanya bila terasa lapar
2.Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan air dan seboleh-bolehnya dengan sabun
3.Sebelum makan hendaklah membaca 'Bismillah..."
4.Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu. Rasionalnya makan dengan tangan ialah kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan terdapat aliran yang dipanggil 'bio-current' yang apabila tersentuh dengan makanan , ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab mengapa makanan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.
5.Tinggalkan kerja-kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu girang dan tenang
6.Seboleh-bolehnya dinding bilik makan hendaklah berwarna merah jambu kerana ini boleh mendatangkan rasa girang dan membantu pencernaan
7.Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.
8.Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu
9.Jangan makan makanan lama. Perbanyakkan makan makannan segar. Suri rumah adalah dinasihatkan supaya menyediakan makanan yang segar, sedap,
berbau lazat, menarik pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu makan.
10.Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidang makannan, memakai pakaian yang bersih dan berwarna indah.
11.Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman dan menutup makanan dari terdedah
12.Berpegang pada prinsip 'makan untuk hidup dan beribadah, bukan hidup untuk makan'
Thursday, April 8, 2010
ADAB-ADAB MAKAN
Labels:
ISLAM IS THE ONE =)
TAUBAT
TAUBAT
Seorang hakim ditanya: Apakah ada tanda bahawa taubat itu telah diterima?
Jawabnya : Ya, ada 4 tanda atau alamatnya iaitu:
1.Putus hubungan dengan kawan-kawannya yang tidak baik dan bersahabat dengan orag-orang soleh
2.Menghentikan semua maksiat dan rajin melakukan ketaatan.
3. Hilang rasa kesenangan kepada dunia pada hatinya dan selalu ingat akan kesusahan akhirat
4. Percaya kepada jaminan Allah dalam urusan rezekinya lalu menyibukkan diri menunaikan perintah Allah
Maka bila terdapat semua sifat itu maka dia termasuk dalam ayat yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah kasih pada orang yang bertaubat dan kasih pada yang suka bersuci".
Kemudian dia berhak memperolehi daripada orang lain 4 perkara iaitu:
1. Mereka cinta kepadanya kerana Allah telah cinta kepadanya
2. Mereka akan memeliharanya dan selalu mendoakannya
3. Mereka lupa terhadap dosa-dosanya yang telah lalu
4. Mereka selalu membantu dan mendekatinya
Manakala Allah akan memuliakannya dengan 4 perkara:
1.Melepaskannya dari dosa sehingga seolah-olah dia tidak pernah berdosa
2.Dia dicintai oleh Allah
3.Dia dipelihara dari gangguan syaitan.
4.Dia diamankan dari rasa takut sebelum keluar daripada dunia ini

Subscribe to:
Posts (Atom)