Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...
Dia bertanya kepada Tuhan: "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"
Dan Tuhan menjawab:"Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu."
Bayi bertanya lagi:"Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"
"an bagaimana bisasaya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."
"an apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?" "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"
"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi" "Malaikatmu akanmenceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"
Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "
Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....
Dan untuk para ibu,ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...
Sucikanlah 4 hal dengan 4perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silamdi sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
Friday, April 9, 2010
MALAIKATMU ( DEDICATED TO EVERYONE CALL MOTHER )
Labels:
ISLAM IS THE ONE =)
Thursday, April 8, 2010
KATA-KATA HIKMAH KHULAFA AL-RASYIDIN
KATA -KATA HIKMAH KHULAFA' AR-RASYIDIN
SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
1.Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
2.hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3.hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
4.adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna
SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
1.Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
2.Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
3.Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
4.Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga
SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1.Hatinya selalu berniat suci
2.Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
3.Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
4.Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
5.Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:
1.Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'
2.Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia
3.Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya
4.Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'
5.Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
6.Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
7.Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
8.Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati

Subscribe to:
Posts (Atom)